KUALA LUMPUR – Cita rasa Jepun kini hadir dalam hidangan harian rakyat Malaysia menerusi pelancaran Yeo’s Teriyaki Tuna, produk tuna dalam tin pertama Yeo’s dengan perisa teriyaki yang diinspirasikan daripada masakan Jepun.
Produk terbaharu itu diperkenalkan menerusi kempen “Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist”, yang berlangsung selama tiga hari dari 2 hingga 4 Oktober di The Starhill Ground Floor Piazza, Bukit Bintang.
Yeo’s Teriyaki Tuna menampilkan isi tuna yang lembut bersama sos teriyaki berperisa savuri dan manis, sekali gus memberikan kelainan kepada hidangan tuna yang lazim dinikmati pengguna.
Selain Teriyaki Tuna, Yeo’s turut memperkenalkan variasi baharu Yeo’s Chilli Spicy Tuna, menawarkan pilihan rasa lebih pedas kepada penggemar tuna.

Pengurus Besar Yeo’s Malaysia, Tan Mei Yen berkata, pengenalan produk berkenaan mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam meneroka cita rasa baharu yang sesuai dengan perubahan selera dan gaya hidup pengguna.
“Yeo’s sentiasa didorong oleh semangat inovasi seiring dengan perubahan cita rasa serta gaya hidup pengguna, sambil berpegang teguh pada legasi kami.
“Menerusi Yeo’s Teriyaki Tuna, kami memperkenalkan perisa baharu dan unik yang memberikan sentuhan moden kepada makanan ruji yang sudah biasa dinikmati, sekali gus membuka lebih banyak pilihan untuk keluarga dan generasi muda,” katanya.
Menurut Yeo’s, tuna juga mempunyai penerimaan yang baik dalam kalangan pengguna tempatan, malah kajian Pemakanan dan Nutrisi mendapati tuna merupakan ikan laut keempat paling kerap dimakan oleh responden di Semenanjung Malaysia.
Data Jabatan Perikanan Malaysia turut menunjukkan sebanyak 431,000 kilogram tuna bernilai RM7.76 juta dibawa masuk ke Pulau Pinang pada 2024, meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Perkembangan itu dilihat mencerminkan permintaan terhadap tuna yang semakin mendapat tempat dalam landskap makanan laut tempatan.

Dalam pada itu, Yeo’s Teriyaki Tuna turut menawarkan fleksibiliti kepada pengguna untuk menikmati produk berkenaan mengikut citarasa masing-masing.
Ia boleh dinikmati begitu sahaja, digandingkan bersama nasi atau mi, selain dijadikan bahan dalam pelbagai resipi.
Tan berkata, produk itu turut mengandungi protein yang tinggi serta merupakan sumber Omega-3, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk melengkapkan hidangan harian.
Jepun ‘dibawa’ ke Bukit Bintang
Kempen pelancaran Yeo’s turut mengetengahkan elemen budaya Jepun menerusi pelbagai aktiviti interaktif sepanjang tiga hari acara.
Pengunjung berpeluang mencuba hidangan berasaskan Yeo’s Teriyaki Tuna, mengumpul setem di stesen aktiviti, bergambar di stan foto bertemakan Jepun serta mencuba permainan Gashapon.
Turut diadakan pertandingan Cosplay selain peluang memenangi pelbagai hadiah seperti produk Yeo’s, tambah nilai Touch ‘n Go, baucar onsen dan hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Jepun.
Tidak hanya tertumpu di lokasi acara, Yeo’s turut membawa elemen budaya Jepun ke sekitar Bukit Bintang menerusi aktivasi gerila yang menampilkan kru berpakaian kimono dan busana wafuku tradisional Jepun.

Aktivasi yang diinspirasikan daripada suasana ikonik Shibuya Crossing di Tokyo itu bertujuan memberikan pengalaman bertemakan Jepun kepada orang ramai di sekitar ibu negara.
Peluang menang tiket ke Jepun
Lebih menarik, orang ramai turut berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Jepun menerusi “Yeo’s To Japan Contest – Win Tickets to Japan” yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November 2026.
Untuk menyertai peraduan itu, pengguna perlu membeli produk terpilih Yeo’s termasuk Yeo’s Teriyaki Tuna atau Yeo’s Chilli Spicy Tuna, sebelum merakam foto atau video kreatif yang menunjukkan cara mereka menikmati produk tersebut.
Hantaran berkenaan kemudiannya perlu dikongsikan menerusi Facebook, Instagram atau TikTok dengan menandakan akaun rasmi Yeo’s.
Sebanyak 12 pemenang bertuah akan dipilih menerusi peraduan berkenaan.
Menerusi pengenalan Yeo’s Teriyaki Tuna, Yeo’s terus memperluaskan rangkaian produknya dengan mengetengahkan kombinasi cita rasa Asia dan inspirasi global, selain memenuhi permintaan pengguna terhadap makanan yang mudah disediakan, versatil dan sesuai dengan gaya hidup masa kini.
