HONOR Malaysia memperluas rangkaian Siri Number dengan kehadiran HONOR 600S 5G baharu, sebuah telefon pintar yang tahan lasak dan pintar, direka untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian. Kini boleh didapati di seluruh negara melalui HONOR Experience Store, rakan niaga rasmi, platform dalam talian dan telco terpilih pada harga RM1,299, HONOR 600S 5G menggabungkan ketahanan jatuh dari ketinggian 2.5 meter, perlindungan air bertaraf IP69K yang terkemuka dalam industri serta bateri berkapasiti besar 8,100mAh yang tahan lebih lama.
Beli HONOR 600S dan Nikmati Rebat Segera RM100
HONOR 600S 5G ditawarkan dalam dua pilihan warna yang bergaya, iaitu Desert Gold dan Velvet Black. Telefon pintar ini dilengkapi RAM 12GB (4GB RAM + 8GB HONOR Turbo RAM) serta storan 256GB bagi memastikan kelancaran pelbagai tugasan harian, di samping menyediakan ruang yang mencukupi untuk menyimpan foto, video, dokumen dan aplikasi.
Menambahkan lagi nilai pembelian, setiap pembelian HONOR 600S 5G turut disertakan dengan pakej hadiah PERCUMA bernilai RM199, yang merangkumi jaminan lanjutan selama setahun dan rebat segera RM100. Tawaran ini memberikan ketenangan fikiran serta penjimatan tambahan kepada pengguna yang mendapatkan telefon pintar baharu ini.

Miliki HONOR 600S Secara PERCUMA dengan Telco Terpilih
Bagi menjadikan HONOR 600S 5G lebih mudah dimiliki, rakyat Malaysia boleh menikmati tawaran telco yang menarik dan membawa pulang telefon pintar ini secara PERCUMA dengan pelan pascabayar terpilih.
Pelanggan kini boleh memiliki HONOR 600S secara PERCUMA melalui CelcomDigi Pakej MegaJimat dan U Mobile Ultra Global 98. Peranti ini juga ditawarkan secara percuma dengan pelan Maxis Postpaid 139, atau pelanggan boleh mendapatkannya pada harga hanya RM59 dengan pelan Maxis Postpaid 109. Selain itu, HONOR 600S 5G turut ditawarkan melalui Yes pada harga RM67 sebulan dengan pelan Infiniti+ Basic.
Pelan telco tertakluk pada terma dan syarat.
Ketahanan Luar Biasa dengan Perlindungan Jatuh Bertauliah
Menetapkan penanda aras baharu dalam ketahanan peranti, HONOR 600S 5G dilengkapi seni bina perlindungan kusyen dan jatuh proprietari (Cushioning and Fall Protection Architecture). Struktur perlindungan yang kukuh ini telah berjaya memperoleh pensijilan berprestij SGS Premium Performance Certification, dengan penarafan 5 Bintang bagi ketahanan jatuh menyeluruh.
Pensijilan ini memastikan peranti kekal berfungsi dengan stabil walaupun selepas mengalami hentakan ekstrem akibat terjatuh dari ketinggian sehingga 2.5 meter.

Ketahanan Air Cemerlang dengan Penarafan IP69K Tertinggi dalam Industri
Selain itu, telefon pintar ini dilengkapi perlindungan air menyeluruh dengan penarafan IP68, IP69 dan IP69K yang terkemuka dalam industri, menjadikannya mampu bertahan dalam persekitaran yang mencabar.
Peranti ini juga mampu menahan air bersuhu tinggi sehingga 85°C serta kekal berdaya tahan dalam keadaan kelembapan tinggi sehingga 24 jam. Melengkapkan perlindungan fizikalnya yang kukuh, algoritma Wet-hand Touch yang canggih memastikan skrin kekal responsif dan boleh digunakan dengan baik, walaupun skrin atau tangan pengguna berada dalam keadaan basah.
Bateri Ultra Tahan Lama dengan Kawalan Terma Canggih
Bagi menangani kebimbangan pengguna tentang kehabisan bateri, HONOR 600S 5G dilengkapi bateri berkapasiti besar 8,100mAh yang direka untuk menyokong penggunaan selama beberapa hari dengan sekali cas, serta menawarkan jangka hayat bateri sehingga enam tahun.
Pengguna boleh menikmati lebih daripada 21 jam main balik video berterusan melalui aplikasi sosial atau lebih daripada 15 jam permainan intensif.
Direka untuk beroperasi dalam keadaan suhu ekstrem, sistem pemantauan suhu berbilang titik terbina dalam membantu mengekalkan prestasi yang boleh diharap dalam keadaan serendah -30°C ketika musim sejuk hingga suhu panas terik 50°C.
Melengkapi kapasiti baterinya yang besar, teknologi pengecasan berwayar 45W HONOR SuperCharge membolehkan pengecasan semula dilakukan dengan mudah dan cekap.

Prestasi Lancar dan Pengalaman Hiburan Imersif
Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon® 4 Gen 4, telefon pintar ini menawarkan prestasi yang lancar dan responsif untuk tugasan harian serta hiburan.
Bagi memberikan pengalaman hiburan yang lebih mengasyikkan, pembesar suara dwi dengan peningkatan volum sehingga 400% menghasilkan output audio yang lebih lantang. Sementara itu, ciri Instant NFC Access menawarkan kemudahan tambahan untuk interaksi harian yang lebih lancar.
Untuk maklumat lanjut, ikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari https://www.honor.com/my/.
