Foto berkumpulan wakil FWD bersama Ketua Pegawai Eksekutif ARUS, Alina Amir dan pasukan, serta graduan Fun(d) for Life: University Edition daripada kohort 4 dan 5, yang diambil di Asia School of Business (ASB) pada 8 Ogos 2026.
KUALA LUMPUR – FWD Malaysia (“FWD”) telah bekerjasama dengan Arus Academy untuk memperkasa belia Malaysia yang mempunyai akses terhad kemahiran literasi kewangan menerusi kemahiran literasi kewangan yang penting menerusi Fun(d) for Life: University Edition, sebuah program pemerkasaan kewangan berstruktur yang direka untuk membantu golongan muda membuat keputusan kewangan yang lebih bijak serta membina asas kewangan yang lebih kukuh untuk masa depan mereka.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2025, seramai 302 peserta telah berjaya menamatkan program ini merangkumi enam kohort di seluruh negara. Program ini menyediakan pendidikan kewangan yang praktikal, bimbingan serta laluan ke arah keyakinan kewangan yang lebih tinggi. Bagi membantu peserta menerapkan ilmu yang dipelajari, sejumlah RM906,000 telah disalurkan dalam bentuk geran tunai Sijil Simpanan Premium (SSP), dengan setiap graduan menerima RM3,000 setelah berjaya menamatkan program tersebut.
Program ini khusus mensasarkan belia berumur 18 tahun ke atas daripada golongan mempunyai akses terhad, termasuk mereka yang berasal daripada keluarga B40 dan ibu atau bapa tunggal, dengan matlamat untuk memperluaskan akses kepada pengetahuan kewangan serta peluang yang mampu memberi impak positif kepada masa depan mereka.
“Literasi kewangan bukan sekadar tentang menguruskan wang. Ia bertujuan untuk memupuk golongan muda dengan keyakinan, pengetahuan dan minda yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik sepanjang kehidupan mereka,” kata Mak See Sen, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance. “Melalui kerjasama kami dengan Arus Academy, kami membuka peluang kepada belia untuk membangunkan kemahiran praktikal yang dapat menyokong aspirasi mereka, di samping menggalakkan budaya kesejahteraan kewangan jangka panjang.”
Peserta menjalani proses pemilihan yang kompetitif, bermula dengan permohonan bertulis yang akan dinilai sebelum calon yang disenarai pendek dipanggil menghadiri sesi temu duga. Pemohon yang berjaya akan menyertai kem intensif selama tiga hari, diikuti tiga bulan sesi bimbingan dan pemantauan berterusan yang memberi tumpuan kepada literasi kewangan, impak komuniti dan pembangunan diri.
Sebagai sebahagian daripada syarat graduasi, peserta perlu menyelenggara diari kewangan mingguan serta menghadiri semua sesi bimbingan dalam talian. Graduan juga dikehendaki mengemukakan cadangan yang menerangkan bagaimana mereka merancang untuk menggunakan geran SSP tersebut bagi menyokong pendidikan, aspirasi keusahawanan atau matlamat pembangunan diri mereka.
“Ramai anak muda di Malaysia mempunyai potensi untuk berjaya, namun mungkin tidak mempunyai akses kepada peluang dan bimbingan yang boleh membantu mereka mencapai matlamat tersebut,” kata Alina Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Arus Academy. “Fun(d) for Life: University Edition memberikan pengetahuan kewangan yang praktikal, bimbingan peribadi serta keyakinan kepada peserta untuk mengambil langkah yang bermakna ke arah membina masa depan yang lebih baik untuk diri mereka dan komuniti masing-masing.”
Program ini kini sedang membuat persiapan untuk kohort ketujuh dan terakhir, yang akan memfokuskan kepada golongan belia di Malaysia Utara. Permohonan untuk program ini masih dibuka dan belia Malaysia yang layak digalakkan untuk memohon. Untuk maklumat lanjut mengenai program dan cara permohonan, sila layari @fundforlife_uni di Instagram.
