MELAKA – Jenama fesyen kontemporari, C by camel active terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan concept store terbaharu di AEON Mall Bandaraya Melaka.
Pembukaan cawangan baharu itu menawarkan pengalaman membeli-belah yang menggabungkan elemen fesyen moden, keselesaan dan fungsi praktikal, sekali gus memenuhi cita rasa penggemar fesyen lelaki dan wanita di Melaka.

Sebagai sub-jenama di bawah jenama gaya hidup aktiviti luar antarabangsa camel active, C by camel active membawa pendekatan lebih kontemporari dengan mengekalkan identiti asal jenama yang sinonim dengan gaya hidup aktif dan semangat pengembaraan.
Menggabungkan rekaan moden dengan ciri praktikal, jenama berkenaan menyasarkan individu yang mengutamakan penampilan bergaya serta keselesaan dalam menjalani rutin harian.
Terletak di Lot F11, Aras 1, AEON Mall Bandaraya Melaka, concept store berkenaan menampilkan suasana membeli-belah mesra pelanggan dengan inspirasi elemen alam semula jadi.

Pelanggan boleh menerokai pelbagai pilihan koleksi kasut, beg dan aksesori yang direka untuk melengkapi keperluan gaya hidup moden, termasuk aktiviti harian dan kehidupan di bandar.
Setiap koleksi C by camel active dibangunkan dengan penekanan terhadap kualiti kemasan, keselesaan, fungsi serta kepelbagaian gaya bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini.
Pembukaan concept store terbaharu itu turut mencerminkan komitmen C by camel active untuk terus mengembangkan rangkaian perniagaannya di Malaysia, selain mendekatkan koleksi jenama berkenaan kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara.



LOKASI CAWANGAN:
C by camel active Lot F11, Aras 1, AEON Mall Bandaraya Melaka, 2, Jalan Lagenda, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
