BESUT –  Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini A Rahman terlibat dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu, Adun Kota Putera itu bagaimanapun terselamat selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu oleh pemandu beliau berlanggar dengan sebuah Perodua Viva di simpang empat Kampung Sungai, Bachok.

Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau bertolak ke lapangan terbang sebaik selesai menghadiri majlis berbuka puasa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa bersama Penternak Ikan Air Tawar dan Air Masin Daerah Besut di Kampung Air Tawar.

Menceritakan detik mencemaskan itu, beliau memberitahu pemandunya kurang jelas tentang keadaan simpang ketika tiba di tempat kejadian menyebabkan berlaku pelanggaran dengan Viva terbabit

“Kami bertiga selamat tetapi pemandu kereta tersebut (Perodua Viva) mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” katanya.

Mohd Nurkhuzaini berkata, kemalangan itu mengakibatkan kereta milik kerajaan negeri turut rosak di bahagian hadapan.

“Saya berharap penumpang kereta terbabit cepat sempuh dan kejadian ini berlaku dengan begitu cepat sekali,” katanya.

Kemalangan itu menyebabkan Mohd Nurkhuzaini membatalkan perjalanannya ke Kuala Lumpur malam tadi sebelum berlepas pagi ini ke destinasi sama.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading