Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKM) hari ini menyatakan sokongan terhadap usaha dan tindakan kerajaan baharu dalam memansuhkan cukai gst bermula 1 jun ini.

YDP persatuan, Datuk Mohamad Abdullah berkata, persatuan menerima baik usaha kerajaan memansuhkan gst kepada 0% sebagai langkah tepat bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat. 

Beliau juga berkata, usaha ini dilihat sebagai pemangkin kepada rakyat untuk berbelanja dengan bijak. 

“Persatuan menyokong gst dimansuhkan dan sentiasa terbuka untuk bersama pihak kerajaan dalam memastikan setiap peniaga patuh dalam meletakkan harga”

“Kami juga akan membantu pihak kerajaan menyalurkan maklumat mana-mana peniaga yang ingkar dan menaikkan harga sesuka hati”

Turut menjelaskan, persatuan akan sentiasa memastikan peniaga yang juga ahli persatuan di seluruh Malaysia agar tidak memfokuskan meraih untung semata-mata namun haruslah bersama dalam memastikan kepuasan pelanggan turut terjaga.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) memperbanyakkan kawasan niaga bagi peniaga dan penjaja baru terutama kaum melayu disamping memudahkan permohonan lesen perniagaan tetap berbanding lesen perniagaan sementara.

Selain itu, persatuan juga mengharapkan pihak kerajaan dan PBT bersifat lebih inklusif dan tidak selektif bagi memperkasakan peniaga-peniaga melayu.

Sehingga kini, Gabungan persatuan disertai oleh 2 juta ahli peniaga dan penjaja di seluruh negara manakala lebih 60,000 daripada ahlinya adalah dari kawasan Wilayah Persekutuan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading