Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap ahli parlimen Titiwangsa, YB Rina Harun hari ini menerima cek sumbangan untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) berjumlah RM16,000 dari Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga Kawasan Chow Kit.

“Saya menerima sumbangan ini dan akan diserahkan terus kepada Kementerian Kewangan untuk dimasukkan kedalam akaun tabung”

“Tabung ini adalah permintaan dan idea dari rakyat sendiri yang ingin membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara, dan pihak kerajaan amat berbesar hati menerima dan akan bertanggung jawab keatas sumbangan rakyat ini” katanya kepada MNT.

Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan tabung ini dibuka adalah sebagai menampung kos siaran World Cup, beliau menyatakan ianya sama sekali tidak benar.

“Ini adalah tabung harapan Malaysia, bukan tabung world cup” katanya.

Menurut pengerusi persatuan, Encik Lee Chick King, kutipan derma itu adalah hasil dari sumbangan ahli persatuan yang dikutip selama 4 hari.

Menyifatkan kutipan sumbangan ini adalah sebagai menyatakan rasa semangat sebagai rakyat Malaysia membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.

“Kami sebagai peniaga berasa tanggung jawab untuk bantu kerajaan, sumbangan ini menunjukkan rakyat bersatu hati”

“Kami juga gembira bila kerajaan sudah mansuhkan gst, sebagai peniaga, usaha ini dapat membantu kami mendapatkan harga bahan mentah dengan murah dan harga kita beri pada pelanggan pun boleh turun, semua orang pun happy (gembira).” katanya ketika ditemuramah. 

Tabung Harapan Malaysia (THM) setakat ini berjaya mengumpul lebih RM13juta dan akan sentiasa mengemaskini jumlah pada setiap rabu. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading