KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti mesej tular yang mendakwa bahawa ahli yang bekerja antara 1990 dan 2018 berhak mendapat insentif RM6,000 daripada KWSP.

KWSP dalam satu kenyataan menegaskan bahawa mesej tular dan kandungan laman web itu adalah palsu dan tidak berkaitan dengan KWSP.

Mesej itu juga mempunyai pautan ke laman web palsu, yang meminta orang ramai menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima ‘insentif’ itu.

“Ahli digesa supaya tidak klik pada pautan itu atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan. Ahli juga diseru supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut,” katanya.

Semua maklumat rasmi berhubung produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my.

Ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau e-mel melalui http://enquiry.kwsp.gov.my untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading