Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit dengan panggilan ancaman bom di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kedua-dua suspek ditahan di Temerloh pada 8.20 malam tadi.

“Bersabit panggilan ancaman bom membabitkan Sri Pentas semalam, kami menahan dua lelaki di Temerloh pada 8.20 malam tadi.

“Permohonan reman akan dibuat pagi esok di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kakitangan Media Prima di Sri Pentas, Bandar Utama, gempar apabila menerima satu panggilan memaklumkan mengenai satu ancaman bom di bangunan itu.

Semua kakitangan kemudian diarahkan mengosongkan bangunan berkenaan sebelum polis dan bomba tiba di lokasi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading