KUALA LUMPUR: Lazada Malaysia, iaitu destinasi beli-belah dan penjualan dalam talian terkemuka di negara dengan rasminya melancarkan LazMall. Saluran baru Lazada ini menampilkan koleksi terpilih yang merangkumi jenama terkenal tempatan dan antarabangsa, jenama dalam talian bertaraf tinggi dan pengedar jenama yang sah.
Produk yang dibawa oleh LazMall adalah 100% tulen dan akan dihantar ke pintu rumah anda dalam tempoh 24 jam atau kurang bergantung keadaan semasa . LazMall juga menawarkan polisi pemulangan mudah selama 15 hari.
LazMall merupakan destinasi sehenti yang mengandungi jenama terkenal di bawah satu bumbung. Di samping itu, Lazada merupakan platform e-dagang pertama yang menawarkan penghantaran hari esok di Malaysia, bermula dengan Lembah Klang.
Ini merupakan langkah seterusnya dalam misi untuk sentiasa mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dengan membina sebuah ekosistem hujung ke hujung yang holistik. LazMall merupakan hasil tumpuan Lazada yang berterusan terhadap keperluan dan pengalaman pengguna yang semakin bijak memilih.

Pelancaran LazMall adalah penting memandangkan lebih banyak jenama kini memilih untuk bekerjasama dengan platform e-dagang bagi memperluas jangkauan mereka. Ini juga boleh membantu jenama-jenama memperkukuh hubungan mereka dengan para pelanggan yang kini lebih
bersifat mudah alih, tidak gentar melakukan transaksi tanpa tunai, dan telah menjadikan beli-belah dalam talian sebagai sebahagian daripada gaya hidup masing-masing, kata Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.
Bagi menimbulkan keterujaan pelanggan untuk bonanza beli-belah akhir tahun, Lazada juga memperkenalkan ekstravaganza beli-belah yang baharu digelar 9.9 di enam buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Bertemakan “All You Ever Wanted”,
pembeli boleh menikmati diskaun dan tawaran yang hebat.
Mulai 1 September, pembeli boleh menggunakan aplikasi telefon pintar Lazada untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan seperti permainan “Crazy Deals” dan “Shake It”, sambil mendapatkan baucar dan tawaran yang hebat. Mereka juga boleh menambahkan item dalam kart mereka sebelum jualan 9.9 bermula pada tengah malam hari Sabtu, 9 September 2018. Rujuk kepada ikon 9.9 di sebelah produk yang akan diturunkan harga.

Dengan lebih 500 jenama di LazMall, dan lebih lagi yang akan ditawarkan menjelang akhir tahun, pelanggan kini boleh menikmati tawaran daripada jenama seperti Apple, L’Oréal, Xiaomi, Unilever, Phillips, P&G, Danone, Samsung, Estee Lauder dan lain-lain.
Lazada Malaysia kini menawarkan lebih daripada 100 juta produk merentas pelbagai kategori, termasuk fesyen, produk bayi, rumah & kediaman, kesihatan & kecantikan serta pelbagai jenis produk elektronik.
