KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Disember 2018.
Menurut Wisma Putra, mereka disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian secara haram.
“Berikutan pemberitahuan itu, para pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh membuat lawatan konsular untuk bertemu tahanan tersebut untuk memastikan kesejahteraan mereka setelah menerima maklumat terperinci dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
“Dalam lawatan itu, para pegawai mendapati bahawa kebanyakan tahanan ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang menarik,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
