KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Baru berkata pelantikan itu akan berkuat kuasa Jumaat ini.“Saya ingin mengumumkan pada hari ini saya melantik Tian Chua sebagai Penasihat Khas berkuat kuasa pada 1 Mac 2019.
“Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas, berperwatakan dan berprinsip.
“Selain itu, beliau aktif dan mempunyai hubungan yang baik dengan ramai pemimpin serta badan bukan kerajaan (NGO) di luar dan dalam negara,” katanya.
Selain itu, Tian Chua juga adalah Naib Presiden PKR sejak 2011 sehingga kini dan bekas Ahli Parlimen Batu.
