Kejadian berlaku pukul 9.09 malam, apabila reptilia itu ditemui di dalam bilik tidurnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati bukan ular ditemui sebaliknya cacing gelang sepanjang 12.7 sentimeter.

“Cacing itu kemudiannya dilepaskan di habitat asalnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, penghuni rumah itu membuat panggilan kecemasan kerana tidak pasti jenis reptlia yang memasuki rumahnya selain bimbang keselamatan ahli keluarganya.

Ujarnya, walaupun kes itu dianggap kecil namun merupakan tugas bomba bagi memberikan bantuan dan perkhidmatan sewajarnya.

“Ini merupakan kes kedua apabila Oktober tahun lalu kita pernah menangkap anak biawak sepanjang 15.24 sentimeter yang disangka ular selepas hanya melihat ekornya sahaja,” katanya.