Catatan tersebut berjumlah 473,860 kenderaan dalam Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s yang diadakan sepanjang tiga hari dari 26 hingga 28 April lalu.

Hari kedua cabaran tersebut pada Sabtu lalu menyaksikan McDonald’s mencipta rekod baharu dengan jumlah kenderaan paling banyak iaitu 164,235 kenderaan dalam tempoh 24 jam.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, pihaknya sentiasa komited untuk mengekalkan kepemimpinan pasarannya dan yakin mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan pelbagai cita rasa.

“Cabaran itu melambangkan kemampuan McDonald’s menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang seiring dengan pelanggan mencari perkhidmatan mudah, pantas dan mesra,” katanya dalam majlis Drive-thru Leadership for Customer Convenience di cawangan McDonald’s Kota Damansara dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Eksekutif Admin Am Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor.

Azmir Jaafar menambah, syarikatnya menyasarkan membuka 20 restoran pandu-lalu McDonald’s tahun ini yang akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran sedia ada.

“McDonald’s Malaysia turut menyasarkan 70 peratus restoran itu di seluruh negara menjadi restoran pandu-lalu menjelang tahun 2021,” katanya.