
NGO tersebut ditemui membuat perhimpunan aman di hadapan pusat beli belah di ibu negara petang tadi.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 18 Julai lalu mengesahkan klip video itu sebagai tulen berdasarkan analisis Cybersecurity Malaysia, namun proses pengecaman wajah adalah “negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan”.
Azmin dituduh merupakan salah seorang individu yang dipaparkan dalam klip video seks sejenis itu. Tuduhan itu dilontarkan oleh bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Hazir Abdullah Abdul Aziz.
Haziq mengaku dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video itu, sementara Azmin menyifatkan tuduhan terhadapnya adalah “plot jahat” dari dalam parti untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.
