Kuala Lumpur – Tular di media sosial video seorang wanita menampar
pengawalkeselamatan salah sebuah kondominum di ibu kota berikutan insiden salah faham.
Melalui sumber di media sosial, insiden berlaku dikatakan apabila wanita tersebut berang apabila makanan yang ditempah melalui khidmat pesanan penghantar makanan tidak dibenarkan dihantar terus ke kediamannya.
Wartawan kami cuba menghubungi wanita berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Syena. Beliau menafikan kejadian terbabit berpunca dari ketidakpuasan hati beliau kerana makanan yang ditempah tidak boleh dihantar ke pintu rumah.
“Saya bukan seorang yang panas baran dan bertindak tanpa sebab, saya menampar guard tersebut kerana dia bertindak kurang ajar menghina rider makanan tu”.
“Saya tiada masalah turun ke lobi untuk mengambil makanan yang ditempah, tetapi saya terkejut apabila turun dan lihat rider tersebut menangis teresak-esak”. Apabila ditanya, dia ceritakan yang guard berbangsa nepal itu menghinanya” katanya.
Kami cuba hubungi penghantar makanan tersebut yang dikenali sebagai Fatihah, 22, dan dari apa yang diceritakan kepada kami, beliau tidak dapat menahan air mata apabila dihina dengan perkataan kesat oleh pengawal keselamatan berbangsa Nepal tersebut.
“Saya sampai di kondominium itu jam 4.35 petang untuk menghantar makanan yang ditempah oleh Puan Syena. Apabila saya sampai, saya dilarang masuk dan diminta untuk meletakkan motorsikal di blok D dan meminta saya berjalan kaki ke blok A dengan nada yang kasar” katanya.
‘ You just delivery, stupid malaysian delivery’ begitulah ayat yang disebutkan dan membuatkan saya rasa cukup terhina. Saya rasa seperti orang asing dihina oleh orang luar dinegara sendiri” .
“Apabila saya menghubungi Puan Syena memaklumkan saya dilarang naik keatas, beliau tiada masalah untuk turun kebawah” katanya kepada Malaysianews TV.
Dalam pada itu, Kak Syena turut memaklumkan beliau ada meminta pengawal terbabit memohon maaf kepada gadis penghantar makanan tersebut namun mereka hanya memberi reaksi ketawa sinis tanpa ada rasa bersalah.
“Saya akui saya salah kerana menampar pengawal itu tapi saya hilang sabar apabila anak bangsa saya dan rakyat Malaysia dihina lebih-lebih lagi oleh warga asing”. katanya.
Difahamkan, beliau akan merujuk perkara ini dengan pihak peguam untuk tindakan lanjut serta memohon warganet tidak mengecam tanpa usul periksa.
