Kuala Lumpur – Artbox Malaysia 2019 kini kembali lagi dengan konsep dan tema ikonik sesuai untuk semua golongan. Pasar kreatif terbesar yang ditempatkan dalam kontena besi kini kembali lagi ke Malaysia pada 6 – 8 dan 13-15 September di Sunway City Outdoor Open Air Carpark dengan kemasukan percuma untuk semua pengunjung.

Artbox Malaysia yang masuk edisi kedua ini, dengan kontena yang menjadi tanda pengenalannya disusun dan diatur untuk menarik tetamu dari seluruh Malaysia. Artbox dikenali di peringkat antarabangsa kerana struktur yang memukau di sekelilingnya.

Edisi tahun ini memperoleh inspirasi daripada permainan nostalgia zaman kanak-kanak seperti Tetris dan Jenga. Dengan Artbox Malaysia: Assemble sebagai tema barunya, pasar kreatif kini sekali lagi memberikan vendor dan para peniaga yang kreatif dan unik dari seluruh rantau seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura membentuk suatu pengalaman yang dirancang secara menyeluruh, serta lain daripada yang lain. Artbox Malaysia: Assemble juga akan mengetengahkan sebanyak 300 gerai yang akan menarik minat rakyat Malaysia.

Artbox Malaysia juga dengan bangganya dibawakan oleh foodpanda, platform penghantaran makanan terbesar di Malaysia. Semua pilihan makanan dan minuman boleh didapati di aplikasi foodpanda di sepanjang pesta ini berlangsung. Pengunjung boleh mengelak daripada beratur panjang dengan menggunakan ciri baru pengambilan dalam aplikasi ini. Ciri ini akan membolehkan pengunjung untuk membeli makanan dan minuman daripada peniaga di Artbox dan satu pemberitahuan akan keluar apabila makanan mereka telah tersedia, yang seterusnya membolehkan pengunjung mengambil pesanan mereka di barisan pengambilan foodpanda. Selain itu, pengunjung boleh bergembira di zon foodpanda yang dipenuhi aktiviti permainan, aktiviti menyeronokkan dan mengejutkan di sepanjang hari.

Pastikan anda tidak terlepas maklumat dengan mengikuti saluran sosial Artbox Malaysia untuk semua pengumuman.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading