Kuala Lumpur – Foodpanda Malaysia selaku penaja Artbox Malaysia 2019 kini tampil memberi keriangan promosi untuk semua pembelian minuman dari vendor terpilih potongan RM5 bagi satu minuman. Anda hanya akan membayar RM0 jika minuman yang ditempah berharga RM5. 

Satu penjimatan berganda! Semua ini hanya pada 6 – 8 dan 13-15 September sahaja melalui tempahan di Artbox Malaysia 2019. 

Artbox Malaysia juga dengan bangganya dibawakan oleh foodpanda, platform penghantaran makanan terbesar Malaysia. Semua pilihan makanan dan minuman boleh didapati di aplikasi foodpanda di sepanjang pesta ini berlangsung. Pengunjung boleh mengelak daripada beratur panjang dengan menggunakan ciri baru pengambilan dalam aplikasi ini.

Ciri ini akan membolehkan pengunjung untuk membeli makanan dan minuman daripada peniaga di Artbox dan satu pemberitahuan akan keluar apabila makanan mereka telah tersedia, yang seterusnya membolehkan pengunjung mengambil pesanan mereka di barisan pengambilan foodpanda. Selain itu, pengunjung boleh bergembira di zon foodpanda yang dipenuhi aktiviti permainan, aktiviti menyeronokkan dan mengejutkan di sepanjang hari.

Jangan lepaskan peluang menikmati makanan dan minimuan yang pelbagai hanya di Artbox Malaysia 2019. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading