Resort World Genting julung kalinya mengadakan Karnival Starlight dimana memabawa anda menikmati keterujaan malam cahaya penuh kegembiraan bukan sahaja untuk orang muda malah sesuai juga untuk seisi keluarga.
Jamu selera di malam pesta


Di Karnival Starlight ini anda boleh menikmati pelbagai sajian makanan yang menyelerakan dalam suasana santai, bermula dari sajian makanan ringan seperti snek, hot dog dan sajian pemanis mulut seperti coklat. Resort World Genting turut memperkenalkan menu baharu di beberapa cawangan restauran eksklusif antaranya di FUHU by (ZOUK), di mana restauran ini akan menyajikan menu eksotik seperti tacos pedas dan sup itik. Restauran Hary Ramsden turut menyajikan hidangan utama yang dibawakan khas dari London iaitu Fish and Chips, Anda juga boleh menikmati sajian makanan Itali seperti pasta, pizza di II Lago Kiosk. Selain itu, Kosmik Cafe turut menyajikan sajian makanan tempatan seperti bakso, nasi lemak, nasi ayam dan juga aiskrim. Jika anda ingin menghangatkan badan, boleh juga menikmati secawan milo dan kopi panas disini.


Pelbagai sajian pemanis mulut boleh didapati di gerai Le Cremeria dan Sjora. Sajian makanan ini boleh didapati dengan harga berpatutan bermula RM 10-15 dan harga minuman bermula RM 5-15.
Pesta muzik

Jika anda berkunjung ke Karnival ini, rasai aura yang sama seakan Karnival Coachella diHollywood, anda boleh menonton persembahan menarik daripada artis-artis indie terkemuka seperti Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo and Double Aze, di Pop Up Gazebo dengan pilihan soundtrack dan muzik EDM malam minggu. Anda juga boleh nikmati hiburan muzik akustik.
Nikmati permainan seisi keluarga



Anda juga boleh berkongsi keterujaan bersama keluarga dengan permainan seperti Shooting Star basketball, putaran roda di Milky Way, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan Pick A Star. Di Carnival Game Zone. Seisi keluarga pastinya bertambah gembira kerana setiap permainan menawarkan hadiah menarik untuk dibawa pulang.

Sambil bermain, jangan lupa menyaksikan persembahan tarian dan pertunjukkan api lebih kurang 30 minit yang pastinya memberi satu pengalaman yang cukup mengujakan. Anda boleh melihat sendiri kehebatan para penari melakukan stunt tarian sambil bermain api. Paling mengujakan, diakhir persembahan anda juga boleh sama-sama menari bagi memeriahkan lagi malam pesta.

Keterujaan malam Halloween
Acara Halloween hujung minggu pula akan bermula dari 31 Oktober hingga 2 November 2019. Karnival Starlight turut menampilkan satu acara khas Zouk Live pada 2 November 2019. Tiket-tiket boleh didapati pada harga RM20 dengan caj tambahan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan masuk secara percuma. Pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan pada harga RM246 atau di Hotel Theme Park (RM628 pakej untuk 4 orang). Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.




