KUALA LUMPUR – Berita sedih menimpa penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL selepas suaminya Ashraf Sinclair meninggal dunia sebentar tadi.

Pemergian Ashraf yang merupakan aktor kelahiran Malaysia disahkan oleh pengurus BCL, Doddy.

“Iya (benar meninggal),” kata Doddy kepada portal Kompas.com menerusi WhatsApp.

Menurut Doddy, Ashraf mengalami serangan jantung sebelum rebah.

“Serangan jantung,” ucapnya lagi.

Namun, hingga kini, belum dapat diketahui secara pasti waktu kematian Ashraf itu.

BCL, 36, dan Ashraf, 40, berkahwin pada November 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading