Kuala Lumpur – Sebuah konsert yang dinamakan Konsert 4G’s ini menampilkan 4 jejaka hebat iaitu Black, Hazama, Tomok dan Akim akan berpadu suara dengan satu slogan iaitu ‘Gabungan Melodi Terindah‘, dimana mereka ini yang boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia, khususnya di Istana Budaya.
Walaupun Tomok, Hazama, Akin dan Black memiliki lagu-lagu popular tersendiri yang pastinya sering menjadi nyanyian dan siulan peminat, namun di konsert 4G’s ini setiap mereka juga tidak dipersembahkan sebagai penyanyi solo sahaja sebaliknya mereka akan berkolaborasi sebagai sebuah kumpulan yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.

Black, Hazama, Tomok dan Akim kini bersedia untuk membuai emosi peminat dengan melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega. Tenaga, pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang bermain di hati peminat. Dari awal kemunculan mereka di bidang senisuara hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasi seni yang menunjang kemas dalam gelanggang muzik tanah air.
“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing lagi dalam satu satu persembahan konsert namun ianya nya kini lebih fokus terhadap persembahan duet beramai ramai dan akan menyampaikan lagu-lagu ‘hits’ di beberapa era dari penghujung 70an hingga sekarang yang mana telah memberi inspirasi kepada setiap mereka dan menjadikan mereka seperti hari ini. Walau bagaimana pun mereka tetap akan membuat persembahan secara solo menyanyikan lagu lagu masing-masing.
“Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,” kata wakil Belbis Sdn Bhd. selaku penerbit/penganjur konsert.

Berpengalaman menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti, dan M. Nasir Sang Pencinta, pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim untuk dua malam persembahan akan menjanjikan hiburan berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.

