Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, surat berkenaan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari tadi.

Dr Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

Perkembangan ini susulan keputusan beberapa parti politik yang mengadakan mesyuarat masing-masing sejak awal pagi dan semalam.

Terkini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti berkenaan keluar Pakatan Harapan (PH).

Dr Mahathir adalah antara pengasas dan Pengerusi BERSATU yang juga Pengerusi PH.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading