Gaya Hidup

Pizza Hut Malaysia teraju khidmat pemesanan makanan di aplikasi WhatsApp

KUALA LUMPUR – Pizza Hut Malaysia mengukir lanskap moden perniagaan makanan dengan melancarkan khidmat pesanan melalui WhatsApp. Dikenali sebagai Pizza Hut EasyOrder, pelanggan kini tidak perlu memuat turun aplikasi merumitkan yang ‘memakan’ banyak ruang di dalam telefon bimbit, sebaliknya mereka hanya perlu menyimpan nombor ikonik Pizza Hut iaitu 016-7552525 di dalam telefon dan terus memesan piza kegemaran melalui WhatsApp.


“Apa jua yang dilakukan oleh Pizza Hut, keutamaan diberikan kepada cara-cara untuk
memudahkan lagi urusan pelanggan. Melalui penyelidikan kami, terdapat kira-kira 18 juta
pengguna WhatsApp di Malaysia, menjadikan aplikasi WhatsApp sebagai antara yang
terbesar penggunaannya oleh penduduk di negara ini. Sehubungan itu, Pizza Hut telah
melihat kepentingan untuk melancarkan sistem pemesanan melalui WhatsApp ini,” Kata Emily
Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.


“Pizza Hut melangkau pelbagai batasan untuk sentiasa tampil kreatif dan inovatif pada
penyampaian dan promosi mereka bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan setia. Dengan pembukaan ‘kedai maya’ di WhatsApp, lebih ramai rakyat Malaysia kini dapat memesan piza dengan mudah dan menerima produk terus di hadapan pintu rumah mereka, tanpa sebarang masalah, ‘senang jer’ seperti kata mereka… Dengan pandemik Covid-19 yang masih lagi berterusan, kami di Pizza Hut faham betapa pentingnya untuk terus memberikan khidmat yang pantas, kerana waktu pelanggan sangat berharga, lebih-lebih lagi dalam kesibukan untuk menyesuaikan diri dan kehidupan dengan norma baharu,”

“Oleh itu, Pizza Hut ingin terus memudahkan urusan pelanggan untuk mendapatkan makanan mereka dengan cepat, supaya dapat menikmati piza panas yang enak dengan orang-orang tersayang pada bila-bila masa. Dengan kaedah baru pemesanan melalui WhatsApp ini, kami berharap semuanya akan jadi lebih mudah dan tersedia di hujung jari,” tambahnya.

Dengan sistem pemesanan baharu Pizza Hut melalui WhatsApp, pelanggan tidak perlu
mendaftar, memuat turun aplikasi tambahan atau melayari setiap halaman menu. Pelanggan
kini dapat menggunakan aplikasi yang sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi mereka dan memesan piza dengan mudah sambil melakukan tugasan harian lain yang lebih penting.

Dengan mengaktifkan pengesanan lokasi di WhatsApp, pelanggan hanya perlu menekan
butang ‘share location’ apabila membuat pesanan. Tidak perlu lagi bersusah payah untuk log in atau memasukkan alamat, kini pelanggan hanya perlu WhatsApp pesanan piza mereka di
016-7552525 untuk menjamu selera dalam sekelip mata.

Khidmat pesanan melalui WhatsApp – Pizza Hut EasyOrder kini boleh didapati di semua
telefon pintar di seluruh Malaysia jadi WhatsApp 016-7552525 untuk mendapatkan piza anda sekarang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: