Gaya Hidup

Al-Ikhsan Sports lancar Jualan Negaraku Selamat dan Aktif

Kuala Lumpur – Peruncit barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports melancarkan Jualan Negaraku Selamat dan Aktif sempena Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2020.

Sebagai menyahut usaha pihak kerajaan mempromosikan barangan tempatan, Al-Ikhsan turut bersama dalam memastikan produk tempatan naik seiring antarabangsa sekali gus meningkatkan ekonomi negara dalam situasi pandemik covid-19.

Memilih tema Negaraku Selamat dan Aktif sebagai tanda penghargaan dan kepercayaan bahawa Malaysia adalah antara negara yang berjaya menangani situasi pandemik dengan baik dan tersenarai sebagai negara paling selamat. Ianya juga memupuk rakyat di negara ini untuk kekal aktif, sihat dan menjaga kebersihan bagi memutuskan rantaian virus covid-19.

“Tema ini kita pilih sebagai menghargai setiap usaha yang digembleng bersama dalam negara ketika menghadapi pandemik ini.

“Malaysia sebuah negara selamat dan ini diiktiraf oleh negara luar, maka kami mengajak orang ramai untuk kekal aktif dan sihat disamping membantu merancakkan ekonomi negara dengan menyokong kempen belilah barangan Malaysia” kata Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Sukan al-ikhsan.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi.

Mengulas lanjut Nanta Linggi berkata, kes Covid-19 yang turut melibatkan beberapa gedung beli-belah sebelum ini tidak menjejaskan pengguna untuk berbelanja kerana mereka boleh berbuat demikian menerusi atas talian.

Katanya, meskipun pihaknya giat mempromosikan KBBM dan PJM bagi menggalakkan rakyat keluar berbelanja, namun kementerian menyeru orang ramai agar mematuhi Posedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

“Rakyat masih boleh menyumbang kepada ekonomi dan mengambil bahagian di dalam kempen KBBM dan PJM dengan membuat pembelian atas talian.

“KPDNHEP sentiasa memainkan peranannya dalam membendung penularan wabak Covid-19 dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk peniaga dan pengguna serta agresif dalam mempromosikan dan membuat kerjasama bersama pelbagai platform e-commerce,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: