Hiburan

WCOPA bangga bawa bakat Malaysia ke Hollywood

WCOPA adalah kejohanan bakat yang mengumpulkan penyanyi, penari, pelakon, ahli muzik dan model dari lebih 72 negara. Kejohanan ini merupakan Olimpik bagi dunia persembahan bukan sahaja bidang nyanyian tetapi menfokuskan seni pentas dan ianya disertai lebih 5000 peserta seluruh dunia.

Malaysia telah mula menghantar peserta sejak tahun 2005 dan bukan sahaja berjaya membawa pulang pingat malah secara tidak langsung mengharumkan dan mampu mempromosi adat budaya tanah air. 

World Championship of Performing Art (WCOPA) merupakan platform pertandingan yang mengetengahkan bakat-bakat seni anak muda yang disertai seramai 80,000 orang peserta dari 70 buah negara dan ia diadakan selama 15 tahun berturut-turut di Hollywood.Tujuan pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat peserta, terutama dalam bidang seni persembahan, lakonan, peragaan serta dapat mengeratkan hubungan diantara semua peserta seluruh negara.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) merasmikan Majlis Penyampaian Pingat World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Berjaya Times Square Hotels & Resorts, Kuala Lumpur.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC, YBrs. Cik Saraya binti Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, YBrs.Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), YBrs. Encik Romli bin Bidin, Pengarah Urusan Operasi MATME Sdn Bhd serta YBrs.Puan Intan Rosida, Pengarah MATME Sdn Bhd

Tahun ini, Malaysia menghantar 13 peserta untuk bertanding di Virtual WCOPA, merangkumi 8 peserta di bahagian junior yang berumur 10 hingga 15 tahun. Manakala 5 peserta di bahagian Senior, berumur antara 19 hingga 35 tahun. Secara keseluruhan mereka memasuki 15 pertandingan dalam kategori vokal. peragaan, tarian dan lakonan.

Malaysia memenangi 2 pingat emas, 8 pingat perak dan 5 gangsa.

Romli Bidin, Pengarah Urusan MATME, menyatakan rasa gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh pasukan Malaysia 2020 dan pengembangan WorldStars selama ini.

Menurutnya, setelah kembali dari Hollywood,mereka menunjukkan prestasi yang baik dalam karier dan menjadi sangat cekap dan lebih cemerlang dalam prestasi serta menjadi lebih profesional.

“Mereka mungkin tidak menjadi artis yang sangat popular setelah menang di WCOPA tetapi mereka mendapat keuntungan tawaran yang lebih besar. Saya mengetahui beberapa artis setelah menerima sarjana WCOPA juga telah melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara, dan ada juga menjadi artis yang lebih baik di sini”, katanya.

“Kami berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan organisasi swasta akan memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong dan menaja bakat muda kita ke pasaran Antarabangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: