Petaling Jaya – realme Malaysia – jenama ‘Dare To Leap’ yang tidak asing lagi didalam industri telefon pintar tempatan sejak memasuki pasaran pada lewat tahun 2020.
Pada awal 2020, realme sudah mula mendominasi pasaran produk AIoT dengan pelancaran beberapa produk mercu seperti realme Watch dan realme Buds Wireless.
Sejak Covid-19 mula menular, penduduk dunia telah mula membiasakan diri dengan norma baharu yang mana penjagaan kecergasan dan kebersihan diri kini bukan lagi satu perkara yang boleh dipandang remeh.

Dengan berbekalkan kepakaran realme didalam produk AIoT dan telefon pintar, realme Malaysia telah mengumumkan loncatan ‘Dare To Leap’ mereka yang seterusnya iaitu ke pasaran penjagaan diri.
realme kini telah memperluas penawaran produk mereka merentasi produk peralatan penjagaan diri iaitu realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Tooth Brush.
“Hari ini, kami berusaha dengan penuh kebanggaan dalam perjalanan perawatan peribadi yang baru dengan kepakaran kami dalam teknologi dan gaya hidup dengan mendorong peminat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih pintar dan sihat.
Peminat kini dapat merakam perubahan mereka dengan realme Smart Scale dan tetap segar dengan realme M1 Sonic Berus gigi elektrik sepanjang hari. Pengguna dapat mengesan BMI, degupan jantung, jisim tulang, dan banyak lagi dengan Skala Pintar realme.
Sementara untuk berus gigi M1 Sonic Electric realme, ada empat mod pembersihan seperti mod putih, mod penggilap, mod bersih dan mod memori terakhir dalam memberi pengguna pengalaman penjagaan mulut yang agak halus. Kami berharap rakyat Malaysia akan jatuh cinta dengan peribadi kita produk penjagaan dan ingatlah penjagaan pintar kini,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama bidang Malaysia.
realme Smart Scale

Penimbang realme Smart Scale dilengkapi Penganalisa BIA Bio-impedance yang menujukkan samada otot seseorang mempunyai lebih banyak air berbanding lemak; Air merupakan konduktor elektrik dan Ini membolehkan sensor memberikan maklumat semasa dan pengiraan rintangan elektrik antara penimbang dan lemak.
realme Smart Scale juga terbukti mampu mengesan kadar lemak dengan tepat dan menunjukkan perbezaan antara lemak dan air kerana ianya mempunyai sensor berkepatan tinggi.


Realme Smart Scale boleh menampung beban sehingga 150kg dengan kesensisitfan 50g. Ada juga mode khas yang boleh tukarkan penimbang ini jadi penimbang dapur. Dalam mode tersebut, ia boleh menimbang berat antara 0.05kg hingga 9.99kg.
Berbekalkan 4 bateri AAA, ia boleh beroperasi selama setahun dan ia bersambung dengan telefon melalui sambungan Bluetooth 5.0.
Kalau anda berminat nak dapatkannya, ia dijual pada harga RM99 pada 10 Oktober 2020 di Shopee. Selepas hari itu, harganya akan jadi RM149.
Realme M1 Sonic Electric Toothbrush

Berus gigi ini agak luar biasa mahalnya. Untuk sebuah berus gigi yang diperkasa motor, ia dijual pada harga RM199 dan boleh didapati bermula 10 Oktober 2020 secara eksklusif di Shopee.
Tiada promosi potongan harga padanya seperti produk penimbang tadi tapi anda akan terima seunit Realme Buds Classic dengan setiap pembelian.
Untuk RM199, anda dapat berus gigi yang gunakan materi antikuman sebagai berusnya. Jadi, ia meminimumkan risiko perpindahan bakteria darpada berus gigi ke mulut.


Menurut Realme, produk ini senyap dan tidak mengganggu anda ketika lakukan ritual memerus. Ia cuma keluarkan kurang 60 desibel audio.
Dengan satu isian penuh bateri, ia boleh beroperasi sehingga 90 hari lamanya dengan penggunaan biasa. Bateri 800mAh itu boleh diisi dalam tempoh masa 4.5 jam melalui pengecasan wayarles.
