Luar Negara

COVID-19: Trump dibenar keluar hospital

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump yang disahkan positif COVID-19 pada Jumaat dibenarkan keluar hospital Hospital Tentera Walter Reed, Maryland, 3 hari selepas menerima rawatan di institusi perubatan itu.

Selepas dibenarkan keluar, presiden itu segera ke White House untuk meneruskan rawatan pemulihan.

Trump meninggalkan pekarangan hospital pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan.

Beliau menggunakan khidmat helikopter presiden Marine One untuk ke White House.

Sebelum itu, beliau memuat naik status di laman Twitter miliknya memaklumkan akan didiscaj dari hospital.

Dalam ciapannya, Trump berkata beliau berasa sangat sihat dan sempat berpesan supaya tidak takut dengan jangkitan COVID-19.

Selepas keluar hospital dan tiba di White House, Trump segera menanggalkan pelitup muka yang dipakainya. Kepulangan Trump menyusul ketika mana bilangan kakitangan White House yang dijangkiti COVID-19 masih belum dimuktamadkan.

Soal kesihatan Trump membayangi kempen pilihan raya presiden yang berbaki kurang sebulan. Beliau sebelum ini pernah memuat naik status di Twitter untuk kembali meneruskan jelajah kempen sebelum pilihan raya berlangsung 3 November nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: