Sukan

Portimonense SC perkenalkan Safawi

KUALA LUMPUR – Pemain sayap skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama kelab Portugal, Portimonense SC menerusi satu video sebentar tadi.

Menerusi video berdurasi 1 minit 20 saat itu, bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilihat berada dalam bilik persalinan kelab Portugal itu.

Turut dipaparkan jersi utama kelab berwarna hitam putih yang akan dipakai Safawi bernombor 29 sebelum pemain itu yang berpakaian lengkap berjalan di terowong menuju ke padang stadium.

Pemain itu juga menunjukkan kemahiran mengawal bola di padang utama kelab baharunya itu selain dipaparkan juga beberapa kemudahan di kelab termasuk gimnasium.

Safawi sebelum ini mengesahkan dia berhijrah ke Portimonense SC secara pinjaman selama semusim.

Bagaimanapun dia mahu menggunakan tempoh pinjaman itu sebaik mungkin bagi membuktikan dirinya layak untuk beraksi di benua Eropah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: