Terkini

Sesi menghadap Agong ditangguh, Guan Eng, Mat Sabu akur

KUALA LUMPUR – Perjumpaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, Guan Eng dijadualkan menghadap Agong hari ini, manakala Mohamad pada Rabu (21 Oktober).

Namun, menurut mereka, Setiausaha Sulit Kanan Agong memaklumkan semalam, sesi menghadap itu ditangguhkan.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” kata mereka.

Dalam sidang media khas semalam, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau difahamkan bahawa Agong akan berjumpa dengan semua ketua-ketua parti politik yang berkaitan.

Perjumpaan itu, kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, adalah untuk memberi ruang kepada Agong mengesahkan dakwaan beliau ada sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Terdahulu, Anwar hadir di Istana Negara setelah diperkenankan menghadap Seri Paduka Baginda susulan dakwaannya mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan susulan.

Menurutnya, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown).

Sekatan pergerakan separa itu, kata Ahmad Fadil, dilaksanakan atas titah perkenan Al-Sultan Abdulllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: