Terkini

PKPD Melaka adalah berita palsu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Rakyat di negeri Melaka diminta supaya jangan bimbang kerana berita tular bahawa Melaka telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah palsu.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya terdapat dua jurucakap kerajaan yang boleh membuat pengumuman berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan jangkitan COVID-19.

“Kalau sesiapa ikuti sidang media yang saya buat hari-hari, tidak pernah saya sebut bahawa Melaka diletakkan di bawah PKPD.

“Saya akan buat pengumuman mengenai non-health (bukan kesihatan) dan Ketua Pengarah Kesihatan akan umum setiap hari membabitkan kesihatan.

“Selagi tiada pengumuman daripada saya atau Ketua Pengarah Kesihatan, maka semua berita adalah palsu,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan PKPP.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk mengisytiharkan PKPD di Melaka kerana semua kawasan masih dilabelkan sebagai zon kuning.

“Kalau kami lihat di Melaka, semua tempat masih lagi kuning.“Walaupun kuning, masih jauh dengan merah iaitu 40 kes. Yang ada di Melaka berbelas-belas (kes) yang paling tinggi. Dua daerah masih lagi bawah sepuluh (kes).

“Jadi, tiada keperluan pengisytiharaan (PKPD) tersebut,” katanya.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya memeriksa kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

“Penyebar berita (palsu) juga boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia) ataupun SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: