Terkini

Prosiding kes Mahkamah Syariah Selangor dalam talian

SHAH ALAM – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menyeru supaya semua pihak yang mempunyai prosiding kes di Mahkamah Syariah Selangor memilih untuk meneruskan

pendengaran kes mereka secara dalam talian bagi membendung pandemik COVID-19.

Menurut Unit Komunikasi Korporat JAKESS, ini bagi membolehkan lebih banyak kes dapat didengar setiap hari.

Katanya, hal ini disebabkan mahkamah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan terutama membabitkan arahan penjarakan fizikal.

“Antara perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan ialah wakalah, afidavit, Majlis Sulh, perbicaraan dan sebutan kes yang boleh dibuat melalui sidang video.

“Perkhidmatan ini boleh digunakan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dan dengan persetujuan pihak terbabit.

“Inisiatif mewujudkan beberapa perkhidmatan termasuk pendengaran kes secara dalam talian ini sudah dilaksanakan di Mahkamah Syariah Selangor sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, usaha ini kurang mendapat sambutan kerana pihak terbabit lebih cenderung untuk hadir secara fizikal di mahkamah.

“Dalam situasi semasa di Selangor, khususnya dalam tempoh PKPB kali ini, mahkamah tidak dapat beroperasi secara penuh berikutan keperluan untuk mewujudkan penggiliran jadual bekerja selaras dengan arahan kerajaan yang bertujuan mengurangkan kehadiran pegawai dan kakitangan di pejabat.

“Justeru, JAKESS terpaksa membuat penjadualan semula kes-kes yang ditetapkan pendengarannya sepanjang tempoh PKPB berkuatkuasa.

“JAKESS berharap pihak yang mempunyai tarikh pendengaran kes dalam tempoh berkenaan mencapai persetujuan kes mereka dibicarakan secara dalam talian.

“Persetujuan kedua-dua pihak adalah penting bagi mengelakkan berlakunya pertikaian terhadap prosiding yang dijalankan secara dalam talian,” katanya.

Katanya, untuk rekod, sepanjang tempoh PKPB berkuat kuasa, Mahkamah Syariah di seluruh Selangor melaksanakan beberapa prosiding secara dalam talian melalui sidang video.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: