Gaya Hidup

realme lancar telefon pintar siri Narzo, tawar ‘Entertainment For You’ dengan kelas tersendiri

Petaling Jaya – realme, syarikat telefon pintar paling berkembang pesat baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran telefon pintar siri narzo by realme yang memberikan peminat realme satu lagi alternatif baru didalam pasaran telefon pintar yang amat kompetitif.

realme dan narzo adalah siri telefon pintar yang berbeza namun masih menerapkan semangat ‘Dare To Leap’ yang menawarkan telefon pintar terbaik didalam kelas harga midrange.

Selain itu, narzo by realme juga meneruskan legasi “Power Meets Style” dengan gabungan kuasa, prestasi dan hiburan terbaik dalam kelas kepada golongan muda.

Seterusnya, siri nazro by realme adalah barisan produk yang akan dijual secara atas talian melalui platform e-dagang dan disasarkan kepada golongan muda yang mencari peranti hiburan lengkap serta mampu menawarkan pengalaman permainan yang kompetitif.

Lebih-lebih lagi, lahirnya narzo by realme adalah untuk memberikan pengguna barisan produk dengan prestasi super, kepantasan super dan pengalaman permainan super.

Akhir sekali, sebagai mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri untuk siri narzo, realme telah menerapkan logo jenama narzo yang trendy selain slogan “Entertainment For You”.

realme Narzo 20

Realme Narzo 20 dikuasakan cip MediaTek Helio G85, RAM 4GB, storan 128GB, skrin HD 6.5-inci bertakuk, bateri 6,000mAh dan pengecas 18W. Ia ada tiga kamera belakang dalam modul empat segi sama.

realme Narzo 20 Pro

Realme Narzo 20 Pro pula, dikuasakan pemproses MediaTek Helio G95, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,500mAh, pengecas SuperDart Charge 65W, dan skrin LCD 6.5-inci 90Hz HD Penuh berlubang. Ia ada empat kamera belakang disusun menegak. Boleh nampak, agak ketara perbezaan antara Narzo 20 dan Narzo 20 Pro.

SPESIFIKASI RINGKAS PERANTI :

Realme Narzo 20 Pro
JenisPeranti Pintar
Paparan6.5″ FHD+ (2400 x 1080) LCD
PemprosesMediaTek Helio G95
Cip2 x 2.05 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Cip GrafikMali-G76 MC4
RAM8GB (Unit ulasan diterima)
Muatan Dalaman128GB (UFS 2.1) (Unit ulasan diterima)
Kamera Utama48 MP ( f/1.8) – (Utama)
8 MP ( f/2.3 ) – (Sudut Ultra-Lebar)
2 MP ( f/2.4 ) – (B&W)
2 MP ( f/2.4 ) – (Makro)
Kamera Depan16 MP (f/2.1) Sony IMX471
Bateri4500mAh + 65W SuperDart Charge
SIM / TelefoniNano SIM + Nano SIM + MicroSD
Ketahanan Kalis AirTiada
Sistem ImbasanPengimbas Cap Jari + Imbasan Wajah
Harga Jualan(RM1199)

Bagi teknologi kameranya, kebanyakannya kelihatan sama dengan Realme 7. Untuk kamera pula, meskipun bilangan lensa yang digunakan adalah sama. Namun, tetapan pada konfigurasi lensanya terdapat perbezaan. Di mana, Realme Narzo 20 Pro dilengkapi tetapan konfigurasi 48-Megapixel (f/1.8) (Utama) + 8-Megapixel ( f/2.3 ) (Sudut Ultra-Lebar) + 2-Megapixel (f/2.4 ) (B&W Portrait) + 2-Megapixel (Makro).

Dengan gabungan empat lensa utama ini, sekaligus ia dapat membantu anda mendapatkan hasil penggambaran yang menarik dengan pelbagai senario. Melaluinya juga, anda boleh temui sejumlah fungsi lain yang tersedia. Ia termasuklah Super Nightscape, Portrait Mode, Beauty Mode, Ultra Macro dan banyak lagi. Jadi, dengan adanya semua pilihan ini, gambar anda akan menjadi lebih kreatif dan menarik untuk dikongsikan. Lebih-lebih lagi di Instagram.

Bergerak pula ke kamera hadapan, di sini anda akan termui lensa tunggal sebesar 16-Megapixel (f/2.1) dengan sensor Sony IMX471. Seperti kebiasaannya, kamera hadapannya juga menyajikan sejumlah fungsi fotografi yang menarik. Salah satu daripadanya, anda juga boleh menggunakan kamera hadapan ini untuk menangkap gambar potret. Bercakap mengenai tetapan video pula, telefon pintar ini mempunyai rakaman tertinggi sehingga 4K/30fps. Menariknya lagi, ia turut menyokong rakaman ultra-lebar. Selain, pada masa sama terdapatnya sokongan penstabilan Realme tersendiri iaitu UIS serta UIS Max Super Video Stabilization.

Realme nampaknya semakin serius dalam menawarkan peranti dengan skrin kadar segar semula yang tinggi, selain tempoh pengecasan lebih singkat. 

Bagi anda yang ingin memiliki telefon pintar realme teraru ini, penjualan pertama dilakukan pada 11 november ini hanya di platform Lazada. Hanya klik link: http://bit.ly/n20prlzd dan http://bit.ly/n20prlzd

Dapatkan dengan harga promosi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: