Luar Negara

Joe Biden mendahului dengan 264 undi elektoral, Trump 214

WASHINGTON – Keputusan penuh Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) masih belum diterima dengan beberapa negeri masih lagi mengadakan pengiraan undi pos.

Menurut unjuran oleh portal berita The Associated Press, calon Parti Demokrat Joe Biden kini memperoleh 264 undi elektoral manakala Presiden Donald Trump dengan 214 undi.

Manakala CNN pula melaporkan Biden mendahului dengan unjuran 253 undi elektoral berbanding 213.

Selain negeri yang dimenangi Hillary Clinton pada 2016, Biden turut dilapor menang di dua negeri baharu, Wisconsin dan Michigan.

Trump sehingga kini masih mengekalkan negeri sengit yang dimenangi.Untuk dipilih menjadi calon presiden yang ke-46 seterusnya menduduki White House, calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 270 undi.

Negeri-negeri yang masih melakukan pengiraan termasuk Pennsylvania, Arizona dan Georgia yang menawarkan jumlah undi elektoral yang tinggi iaitu 20 di Pennsylvania dan 16 di Georgia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: