Terkini

Dewan Rakyat: Hanya 80 Ahli Parlimen dibenar hadir mulai esok

KUALA LUMPUR- Hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan hadir pada satu-satu masa sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 bermula Jumaat (esok) iaitu pada sesi Pembentangan Belanjawan 2021.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, daripada jumlah tersebut, 41 mewakili Ahli Parlimen Kerajaan sementara 39 lagi mewakili Ahli Parlimen Pembangkang dan Bebas.

“Penentuan Ahli Yang Berhormat yang boleh berada dalam Dewan ditetapkan oleh parti masing-masing.

“Setiausaha Dewan Rakyat akan memberikan Kad Khas tersebut kepada Yang Berhormat Kota Bharu selaraskan kehadiran di pihak Anggota Pentadbiran dan ahli-ahli¬†backbenchers.

“Manakala, di pihak pembangkang, Kad Khas ini akan diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Petani untuk kehadiran Ahli-Ahli Pembangkang dan Bebas,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menasihati Ahli-Ahli Parlimen yang diberikan Kad Khas boleh merekodkan kehadiran di komputer riba masing-masing.

“Ahli-Ahli berhormat yang tidak diberikan Kad Khas pula boleh merekodkan kehadiran di Pintu 3 Blok Utama dan pintu masuk Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran dengan bantuan Bentara yang ditugaskan di kedua-dua pintu tersebut untuk mencatatkan kehadiran Ahli-ahli Berhormat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Rashid menyarankan supaya semua Ahli Parlimen supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang persidangan berlangsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: