Gaya Hidup

Prasarana bangunkan aplikasi pembayaran tanpa tunai ‘myrapidTap’

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi anak syarikatnya Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) hari ini, membangunkan aplikasi myrapidTap yang membolehkan sistem pembayaran tanpa tunai dilakukan.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata aplikasi myrapidTap itu  akan menjadi mod pembayaran alternatif untuk penggunaan perkhidmatan awam kendalian Prasarana, bermula dengan bas perantara Jom Naik MRT yang dijangka dilaksanakan awal tahun depan.

‘’Rancangan untuk memperkenalkan aplikasi myrapidTap adalah antara inisiatif berterusan pihak Prasarana dan anak-anak syarikatnya untuk memudahkan orang awam menggunakan pengangkutan awam (syarikat itu) melalui kemajuan teknologi khususnya menggalakkan sistem pembayaran tanpa tunai, ‘’ katanya.

Tajuddin berkata demikian selepas majlis pelancaran aplikasi tersebut di sini, hari ini yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Muhammad Nizam Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE Firdaus Effendy Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif C.M Tech Herbert Poh.

Aplikasi itu diusahakan dengan kolaborasi syarikat teknologi, Community Marketplace Technology Sdn Bhd (CM.tech).

Katanya, aplikasi itu akan turut dikembangkan merangkumi keupayaan untuk perancangan perjalanan bagi memberi kemudahan kepada warga kota merancang perjalanan mereka.

‘’Selain keselesaan menggunakan aplikasi myrapidTap, para pengguna boleh menggunakan pas perjalanan tanpa had My30, pas perjalanan My City, kad Touch ‘n’ Go dan token perjalanan untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL, yang meliputi LRT, MRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti di Lembah Klang dan Selangor,’’ tambah Tajuddin.

Sementara itu, Herbert berkata aplikasi myrapidTap mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan aktiviti perniagaan, sekali gus memanfaatkan perusaahan kecil dan sederhana di sekitar jajaran pengangkutan Rapid KL.

Katanya, pengguna boleh memuat naik aplikasi myrapidTap itu di Google Play dan Apple Store.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: