Bisnes

Top Glove sahkan 17 pekerja positif COVID-19

KUALA LUMPUR – Top Glove Corporation Bhd mengesahkan bahawa 17 kes dalam kalangan pekerjanya, mewakili kurang daripada 0.1 peratus daripada jumlah tenaga kerja kumpulan yang seramai 21,000, diuji positif COVID-19 sejak Januari 2020.

Dalam satu kenyataan, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata pekerja yang terjejas tidak menunjukkan gejala dan kebanyakan mereka tidak demam.

Mereka telah diasingkan setelah ujian sapuan (swab) diambil pada Isnin, dan semenjak itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selepas keputusannya menunjukkan positif.

Pembersihan rapi dan kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh di kilang yang terbabit, kuarters tempat tinggal dan kenderaan syarikat telah dijalankan mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan, katanya.

Pada masa sama, menjejaki kontak sedang dijalankan dan pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pekerja terbabit telahpun diuji dan diarah kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan.

“Tidak ada impak kepada operasi Top Glove. Kami ingin mengulangi bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan rakan luaran amat penting kepada kami, dan kami telahpun melaksanakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu membendung penularan virus ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: