Terkini

Anak tikam bapa selepas ditegur leka bermain telefon bimbit

SEREMBAN – Dipercayai akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, Jelebu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian daripada orang awam yang menemukan mangsa terbaring berlumuran darah berhampiran pintu rumah kira-kira 9.30 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, berlaku pertengkaran mulut di antara suspek yang berusia 35 tahun itu dengan bapanya, 59, yang menegur suspek kerana terlalu leka bermain telefon bimbit.

“Ketika bertengkar, mangsa juga memukul suspek dengan kerusi plastik menyebabkan suspek bertindak menikam mangsa pada bahagian depan dan belakang badan,” katanya ketika dihubung di sini.

Menurutnya suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal sebelum berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian.

Maslan berkata siasatan awal juga mendapati suspek tinggal dengan ibu bapanya di rumah itu selain tidak bekerja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Ketika kejadian, hanya suspek dan bapanya berada di rumah itu, katanya.

Maslan berkata pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: