Hiburan

Eizlan Yusof saman Hans Isaac

KUALA LUMPUR-  Kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya menyebabkan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac.

Menurut Eizlan, dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Finas itu kononnya beliau menyalahgunakan kuasa di atas kedudukan ALP berhubung penerimaan geran Dana Kandungan Digital (DKD) kepada syarikat produksi produksi Excellent Pictures Sdn Bhd itu adalah tidak betul.

Dakwaan tidak berasas itu, tegas Eizlan, telah mencemarkan reputasinya sebagai ALP badan penyeliaan dan pembangunan industri filem. Ini kerana, Eizlan menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan dalam syarikat produski tersebut.

“Saya tidak tahu apa motif dia melemparkan dakwaan yang tidak berasas itu. Saya hanya buat kerja sahaja di Finas. Saya tidak ada sebarang kepentingan dengan syarikat yang dikaitkan.

“Saya tidak kacau hidup orang lain, kerana itu saya pelik kenapa beliau (Hans) boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Kerana tuduhan yang dibuat itu juga menyebabkan saya menerima tekanan meminta saya meletak jawatan atau nama saya akan dirujuk kepada pihak berwajib agar siasatan dibuat terhadap saya,” kata Eizlan.

Hans didakwa menuduh Eizlan mempunyai kepentingan dalam Excellent Pictures Sdn Bhd sehingga menyebabkan syarikat produksi itu menerima geran DKD yang dikeluarkan oleh Finas.

Dakwaan itu, tegas Eizlan, dibuat dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai ahli melebihi 200 orang. Sehubungan itu, Eizlan telah melantik peguam dari firma Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk memulakan proses perundangan.

Katanya, tindakan undang-undang terhadap Hans sedang berjalan. Sementara itu, Hans yang  berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Eizlan itu petang ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: