Hiburan

Yayasan Khalaz hulur bantuan kepada 35 Artis Veteran

Hulu Kelang – Atas dasar prihatin terhadap kebajikan artis veteran yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19, Yayasan Khalaz (YK) bertindak menyalurkan bantuan keperluan makanan asas kepada 35 orang artis.

Pengasas Yayasan Khalaz, Khalizah Alihan berkata mereka tampil membantu memberikan sumbangan bagi meringankan beban artis veteran yang terkesan dan berharap agar dapat menyalurkan bantuan pada skala lebih besar pada masa hadapan.

“Kami mendapat maklum bahawa ada artis veteran yang terkesan sejak PKP lalu kerana kurang show mahupun shooting, jadi kami berbesar hati menghulurkan bantuan makanan asas dan ini sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban mereka.

“Insya Allah, kami akan cuba sedaya upaya menyalurkan lagi bantuan sebegini pada skala lebih besar bukan sahaja kepada artis veteran malah siapa sahaja yang memerlukan tidak mengira bangsa dan agama” katanya.

Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Datuk Tumiran Mohd Kosdi melahirkan rasa terharu dan bangga dengan bantuan dari Yayasan Khalaz. Beliau turut berbesar hati menerima apa sahaja bantuan dari mana-mana NGO yang ingin membantu para artis veteran.

“Kami di PKAVM berusaha untuk mencari apa sahaja bantuan mahupun dana bagi membantu artis veteran, kita menerima mana-mana pihak atau NGO yang ingin membantu kerana ini sahaja yang dapat meringankan kesusahan penggiat seni veteran yang kebanyakkanya sudah berumur dan tidak mampu bekerja.

“Seramai 35 orang artis ini kami pilih dari kalangan yang benar-benar memerlukan dan diharap selepas ini kita dapat bantu lebih ramai lagi artis veteran” katanya kepada Malaysianews TV.

Antara artis yang menerima bantuan adalah Sophia Ibrahim, Ramli Salleh, Aznah Hamid, S.Rohani, Emma Akma, Hairi KOOL, K. Maria, S.Mariam dan ramai lagi.

Majlis penyerahan bantuan diadakan di pejabat PKAVM, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: