Shah Alam – Seramai 100 belia daripada 1,980 pemohon yang layak menerima manfaat Roda Darul Ehsan (RiDE) hadir ke Dataran SUK, pagi tadi bagi acara simbolik program Penyerahan Inisiatif RiDE.

Kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor memperkenalkan program subsidi lesen dan caruman Penjana Perkeso buat para penunggang e-hailing berdaftar antaranya Grab food, Food Panda, Seldec, Bungkusit, Warong dan pelbagai lagi.

Inisiatif ini diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta yang memberi manfaat hampir kepada 3,000 penerima yang layak mendapat subsidi lesen motorsikal sebanyak RM350, caruman PERKESO berjumlah RM70 bagi tempoh setahun dan subsidi kit penghantaran serta latihan bernilai RM150.

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman berkata, sebanyak 22,321permohonan diterima untuk program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sejak bulan ogos lepas dan seramai 1980 permohonan layak telah dikena pasti.

“Kita menyasarkan seramai 3000 yang layak untuk mendapat manfaat daripada program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) pada tahun 2021 selain akan turut memfokuskan belia luar bandar.

“Bagi latihan e-hailing pula, kami memastikan mereka menerima manfaat agar selepas ini mereka dapat bergerak dengan memiliki platform sendiri” katanya ketika majlis Penyerahan Subsidi Bagi Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) di Bangunan SUK, Shah Alam.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari .

Beliau turut meluangkan masa bertanya khabar para  peserta yang menerima manfaat dari Program RiDE dan kini menjana pendapatan menerusi ‘e-hailing’.

Dalam ucapannya, Kerajaan Negeri positif dalam menjana sektor ‘gig economy’ serta pada masa yang sama membantu anak muda menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading