Terkini

Cukai eksais perlu lebih holistik meliputi cecair vape bernikotin

Kuala Lumpur – Cadangan cukai ke atas peranti rokok elektronik atau vape dan cecairnya seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menjadikannya jauh lebih mahal sekali gus menjadi tamparan hebat kepada pengusaha industri vape tempatan.

Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) hari ini berkata langkah percukaian eksais perlu merangkumi cecair vape yang mengandungi nikotin dan peraturan perlu diperkenalkan dengan segera termasuk mengawalselia standard produk cecair vape yang mengandungi nikotin.

Duti eksais 10 peratus ke atas semua jenis peranti elektronik, serta RM40 sen setiap mililiter untuk cecair yang digunakan dalam rokok elektronik diumumkan hanya dikenakan ke atas cecair vape yang tidak mengandungi nikotin.

Syed Azaudin Syed Ahmad, Presiden DPVM, berkata langkah percukaian dan peraturan seharusnya lebih holistik dan mengambil kira keadaan semasa dalam pasaran.

“Di dalam pasaran tempatan, lebih daripada 97% cecair vape yang dijual mengandungi nikotin dan ini adalah sama dengan trend di negara lain. Namun begitu, percukaian dan peraturan masih tidak dibuat di Malaysia untuk merangkumi cecair vape yang mengandungi nikotin.”

“Sekiranya percukaian ini diteruskan hanya untuk cecair tanpa nikotin, percukaian tersebut tidak akan mendatangkan hasil kerana percukaian tersebut tidak mengambil kira keperluan industri dan pengguna.

Kementerian Kesihatan telah melaporkan terdapat 1.12 juta pengguna vape melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019.

DPVM menganggarkan terdapat 3,000 perniagaan berkaitan vape di mana majoritinya adalah usahawan Bumiputera dan angka pekerja dalam industri ini mencecah 25,000. Manakala, DPVM juga membuat anggaran di mana industri vape di Malaysia bernilai lebih daripada RM2bilion setahun.

Jelasnya lagi, Industri vape di Malaysia bukannya kecil dan telah wujudnya satu eko-sistem matang dan besar yang merangkumi pengeluar, pengimport, pekedai serta pengguna.

“Ini adalah satu fakta yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, percukaian serta peraturan yang holistik termasuk standard produk dan kepenggunaan cecair vape yang mengandungi nikotin perlu dibuat dengan segera oleh Kerajaan,” katanya.

“Banyak negara maju telah memperkenalkan peraturan untuk industri vape termasuk mengawal standard produk dan kepenggunaan cecair vape yang mengandungi nikotin.

“Negara-negara seperti UK, New Zealand dan Kanada mengiktiraf peranan vape terutamanya dalam membantu perokok berhenti merokok dan beralih kepada vape yang telah terbukti kurang mudarat berbanding merokok. Negara-negara ini turut mewujudkan peraturan supaya kawalan dibuat dan pengguna mendapatkan produk yang mengikut standard produk yang ditetapkan.”

Beliau yang mewakili pemain Industri vape memohon agar Kerajaan menilai semua faktor-faktor ini dan membuat suatu peraturan serta percukaian yang holistik ke atas industri yang semakin meluas ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: