Kuala Lumpur – Sempena pembukaan semula Menara Kuala Lumpur selepas kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 30 November, pelbagai promosi diperkenalkan bagi menarik para pengunjung tempatan terutamanya bagi merancakkan semula sektor pelancongan.

Menara Kuala Lumpur menawarkan tiket percuma kepada 100 pengunjung terawal untuk menikmati pemandangan ibu negara dari Pelantar Pemandangan (observation deck) dan 25 pengunjung pertama setiap hari ke pelantar pemandangan di Menara Alor Setar, Kedah.

Promosi yang berlangsung sehingga 31 Disember itu turut menawarkan potongan harga tiket sehingga 50% iaitu RM36 untuk dewasa manakala RM18 bagi kanak-kanak untuk ke Sky Deck.

Bagi Menara Alor Setar pula, diskaun sama boleh dinikmati dengan harga tiket RM24 untuk dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak.

 Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Ainol Shaharina Sahar, berkata promosi istimewa yang telah bermula sebelum ini seperti ‘Untukmu Wiraku’ dan ‘Untukmu Delivery Heroes’turut dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

“Kami mengajak orang ramai untuk bersama menyertai lelongan yang akan dibuat menerusi Facebook rasmi Menara Kuala Lumpur pada 19 Disember ini pada pukul 9 malam.

“Lelongan itu nanti membolehkan anda membeli seberapa banyak tiket masuk dengan diskaun sehingga 80%, rebutlah peluang menarik ini untuk membawa keluarga” katanya dalam sidang media.

Tambahnya lagi, promosi itu juga sememangnya bertujuan untuk menarik jumlah pelancong dalam negara terutamanya mereka yang bukan daripada zon merah sebagai satu usaha meningkatan kembali sektor pelancongan negara.

“Insya Allah, untuk perancangan tahun hadapan kami telah susun pelbagai lagi promosi dan pakej menarik.

“Jika Perintah Kawalan Pergerakan dari segi sempadan dah dibuka, Insyaallah kita akan dapatkan pengunjung dari luar negara” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading