Kuala Lumpur – Syarikat Bio Integrasi Sdn. Bhd dengan kerjasama 4 syarikat korporat lain hari ini menghulurkan bantuan keperluan asas kepada 60 asnaf di Lembah Keramat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bio Integrasi, Datuk Shahrizal Sarip berkata, bantuan ini bagi meringankan beban golongan asnaf yang terkesan pendapatan berikutan pandemik covid-19.

Jelasnya, seramai 150 orang golongan asnaf yang layak dibawah senarai kariah masjid As-Sobirin AU5, namun atas faktor pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah penerima dikecilkan kepada 60 orang.

“Ini merupakan bantuan kali pertama kami dengan kerjasama masjid dan ianya akan berterusan bergantung kepada keadaan semasa.

“Kami juga akan meneruskan program CSR ini ke serata kawasan yang lain agar dapat terus membantu golongan yang memerlukan dan terkesan dari segi pendapatan ketika pandemik covid-19” katanya.

Tambahnya, usaha itu sentiasa mendapat sokongan dari syarikat korporat yang sudi berganding bahu menghulurkan kerjasama malah akan dipeluaskan lagi kepada beberapa siri bantuan pada masa hadapan.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan bantuan di Dewan Kecil Orang Ramai (DEKOR) di AU5D.

Antara syarikat korporat yang turut menyumbang adalah Tun FTD Automobile, Eko Indra Jaya Trading, Narqes Skintelligent, Bayang Coffee Co. dan Ong Seng Heng.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading