Kuala Lumpur – Pelakon Hannah Delisha, 24 mengumumkan dirinya kini menjadi duta kepada minuman Vida Vitamin C.
Pelantikannya sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C ini amat tepat kerana beliau melambangkan maksud sebenar vida C sebagai sebuah jenama – sparkling, cantik, berpewatakkan anggun dan sentiasa ceria.

Pelakon yang viral melalui watak Amani dalam drama bersiri Amani itu menyatakan minuman ini menyegarkan dan mengandungi vitamin C yang tinggi sesuai untuk menguatkan sistem imun dalam badan.
Minuman sparkling vida Vitamin C didatangkan dalam dua perisa menyegarkan iaitu vida Vitamin C Lemon Sparkling dan vida Vitamin C Orange Sparkling dengan khasiat dan vitamin dari 18 lemon dan 19 oren masing-masing. Setiap perisa memenuhi pengambilan Vitamin C yang disyorkan dalam saiz tin 325ml. Kedua-dua perisa ini boleh didapati oleh pengguna secara eksklusif di kedai serbaneka 7-11, petrolmart dan boleh dibeli melalui pembelian atas talian.

En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd menjelaskan falsafah utama kami di DyDo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang bermanfaat kepada pengguna. Minuman sparkling vida vitamin C ini, kami menawarkan minuman Vitamin C 1000mg keluaran tempatan yang pertama dalam format siap untuk diminum.
Melihatkan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari, ditambah pula dengan gaya hidup semasa yang penuh stres serta sibuk, wujudnya keperluan yang penting untuk meningkatkan imuniti dan kami mahukan minuman sparkling vida vitamin c menjadi jawapan kepada keperluan itu