Terkini

Keputusan inkues Nora Anne Quoirin

SEREMBAN – Keputusan inkues kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban bermula jam 10.15 pagi hari ini.

Sebelum ini Mahkamah Koroner menetapkan 4 Januari sebagai tarikh bagi keputusan inkues tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui peguam S. Sakthyvell yang mewakili keluarga Nora Anne.

Prosiding inkues kes kematian remaja perempuan yang dijalankan sejak 24 Ogos hingga 10 Dis lepas membabitkan 47 saksi termasuk ibu bapa remaja berkenaan, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin.

Ia turut disiarkan secara langsung dalam talian melalui portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia dan media sosial rasmi YouTube dan Facebook ‘The Malaysian Judiciary’ serta dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Pada prosiding itu, Muhamad Iskandar Ahmad dan Ahmad Sazali Omar mengetuai barisan Timbalan Pendakwa Raya selaku pegawai pengendali inkues bersama tiga yang lain iaitu Nuralis Mat, Nurhafizah Haron dan Nur’atiqah Sapari.Peguam Sakthyvell pula mengetuai barisan peguam keluarga bersama Louise Azmi dan Lydia Ng Huey Mei manakala The Dusun Resort diwakili peguam Alliff Benjamin Suhaimi dan Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Nora Anne, 15, didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan Kuala Lumpur.

Pada 13 Ogos iaitu 10 hari selepas Nora Anne dilaporkan hilang, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari pusat peranginan yang didiami dia dan keluarganya, susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berwajib.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya, tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan usus yang disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: