Gaya Hidup

Realme diperakui jenama paling pesat membangun tahun 2020

Petaling Jaya – realme baru sahaja diumumkan sebagai jenama telefon pintar antarabangsa yang paling pesat berkembang di dunia untuk tahun 2020. Jenama ini telah melonjak berbanding syarikat gergasi industri yang lain sekaligus mengambil kedudukan ke-7 dari segi penguasaan pasaran global. Syarikat penyelidikan Counterpoint telah mengumumkan pencapaian ini dalam laporan telefon pintar terbarunya mengenai Q4 2020, di mana realme berjaya meningkat peratusan YoY sebanyak 65% dan mengirimkan 42.4 juta telefon pintar tahun lalu.

realme kini menjadi tumpuan utama dalam industri telefon pintar kerana menggunakan kaedah
inovatif dari aspek pengguna dan produk bagi untuk meningkatkan bahagian pasarannya secara
agresif. Dalam persekitaran ekonomi yang tidak stabil dan hampir semua peneraju industri utama
mengalami kerugian, realme adalah satu-satunya dua jenama telefon pintar utama yang
mencatatkan pertumbuhan sepanjang tahun 2020. Awal tahun 2020 bermula dengan jualan di 35
pasaran aktif dan menyimpulkannya dengan kira-kira 100% pertumbuhan, kini melonjak ke 61
pasaran aktif pada akhir tahun 2020. realme juga telah meluaskan pangkalan penggunanya sebanyak
100%, dari 25 juta hingga sekarang lebih dari 50 juta pengguna di seluruh dunia.

Kenaikan secara mendadak dan pacuan laju seperti meteor ini bukanlah rahsia bagi pemerhati
industri yang kini terbiasa dengan jumlah yang luar biasa yang diharapkan dari syarikat yang dinamik
seperti realme. Selaras dengan misi Ketua Pegawai Eksekutif (Global), Sky Li – ini adalah kemampuan
untuk bertindak balas secara fleksibel terhadap perubahan keadaan pasaran di lapangan. pekerja dan pasukan realme sendiri yang terdiri daripada anak muda sangat memahami perubahan pada keadaan industri. Hasilnya ditunjukkan sendiri melalui tinjauan penjualan dan kepuasan produk oleh
pengguna sendiri.

“Pada hakikatnya, kami menerapkan falsafah kami, iaitu berani memasuki barisan hadapan inovasi,
reka bentuk dan nilai produk, sesuatu yang dekat dengan golongan muda,” kata Ketua Pegawai
Eksekutif (Global), Sky Li. Sehingga kini realme telah melampaui pencapaian 50 juta penjualannya
hanya dalam sembilan suku sejak dimulakan, menjadikannya jenama telefon pintar yang paling
cepat berkembang di dunia.


Penerapan yang dibawa realme bermula dari inovasi pada peringkat awal, membawa pemasaran
dan perbualan terus kepada pengguna. Pengguna dan pekerja realme saling berhubung dan
berkongsi idea mengenai trend teknologi terkini selain penjualan utama secara atas talian e-dagang.
Pada keadaan semasa ini, pihak realme juga prihatin dengan penjagaan garis panduan jarak sosial, di
mana kakitangan digalakkan untuk memimpin komuniti pengguna sekitar mereka. “Ini telah
mewujudkan keaslian jenama dari atas ke bawah, dan nilai jenama ini dilihat oleh pengguna terlebih
dahulu,” kata Li.

Tambahnya, “Persekitaran kita yang berubah telah memungkinkan kita hidup dengan nilai dari
pandangan pengguna. Sebaik sahaja negara mula mengehadkan pergerakan, kami meningkatkan
perkhidmatan selepas jualan seperti lanjutan jaminan, sokongan dalam talian secara langsung dan
masa menunggu dan penghantaran yang lebih pendek untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan
yang tinggi kepada pengguna realme”.


realme telah menghasilkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan identiti baharu sebagai
penyebar teknologi 5G terkemuka dalam kalangan pengguna. realme juga secara konsisten
menerajui pasaran dengan mengeluarkan koleksi siap pakai 5G kepada pengguna melalui peranti
prestasi flagship, seperti pelancaran global realme 7 5G yang berharga kurang dari AS $300. Media
teknologi yang popular, GSM Arena juga telah menilai realme sebagai telefon bimbit serba lengkap
No.1 kelas pertengahan untuk tahun 2020. realme yang masih muda dan berani telah meletakkan
pandangannya pada tahun 2021, dengan harapan dapat meningkatkan prestasi yang luar biasa pada
seperti tahun 2020 melalui produk 5G dan AIoT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: