RIYADH – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi menjadi ketua kerajaan pertama berpeluang masuk ke dalam Kaabah di Masjidil Haram, Makkah, malam tadi selepas lebih setahun ia ditutup berikutan wabak COVID-19.

Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dibawa masuk ke dalam Kaabah selepas solat Isya dan selesai mengerjakan umrah terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, lewat petang semalam.

Perdana Menteri dan isteri juga berpeluang mengucup Hajar Aswad pada jam 9.56 malam waktu tempatan yang menjadi antara tumpuan jemaah yang mengerjakan haji dan umrah di Makkah.

Hari ini, Perdana Menteri dijangka membuat ziarah ke Madinah sebelum memulakan program rasmi di sini pada 9 Mac yang mana kemuncaknya ialah pertemuan secara maya dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah, di sini.

Perdana Menteri berada di sini bagi memenuhi jemputan Raja Salman sebelum meneruskan lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 11 Mac.

Menerusi ciapan di Twitter Haramain Sharifain, dapat dilihat saat pertama pintu Kaabah dibuka dan kunjungan Perdana Menteri dirakam sambil diiringi beberapa pegawai yang lain.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading