Bisnes

Maybank Islamic tawar bantuan aliran tunai PKS

KUALA LUMPUR – Maybank Islamic Bhd memperkenalkan kemudahan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu kedudukan aliran tunai terutama ketika mendepani situasi sukar ekoran pandemik COVID-19.

Kemudahan pembiayaan melalui Skim Cakna ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kumpulan Maybank untuk membantu pelanggan mengatasi cabaran kewangan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan juga memberi akses yang cepat kepada pembiayaan.

Maybank Islamic dalam kenyataannya berkata, skim terbuka kepada syarikat yang dianugerahkan atau akan diberikan kontrak bekalan dan perkhidmatan oleh kerajaan melalui sistem e-perolehan pada 2021.

Di samping itu, katanya, permohonan juga boleh dibuat untuk kontrak yang sedang berjalan sekiranya ia bebas daripada bebanan dan tidak diberikan kepada institusi kewangan lain.

“Program ini berfungsi sebagai sumber pendanaan alternatif untuk membantu aliran tunai syarikat dan juga keperluan modal kerja dengan menerima pembayaran awal oleh pihak bank tanpa menunggu pembayaran daripada kerajaan,” katanya.

Maybank Islamic adalah satu daripada empat institusi perbankan Islam yang terpilih untuk menjayakan program ini, di mana pihak bank membuat pembayaran awal kepada syarikat berdasarkan kepercayaan kredit kerajaan.

Syarikat yang terpilih dapat menikmati kadar semasa yang kompetitif berdasarkan kredit kerajaan tanpa syarat penilaian kredit terhadap mereka.

Mereka boleh membuat permohonan skim pembiayaan berkenaan melalui invois yang disetujui sementara menunggu pembayaran daripada Kerajaan.

Pada prinsipnya, program ini membabitkan pemindahan hak, hak milik dan kepentingan, penghutang atas invois tertentu secara terhad.

Margin pembiayaan adalah sehingga 100 peratus daripada nilai invois seperti yang telah disahkan untuk dibayar oleh kerajaan, selain tidak memerlukan penjamin.

Skim dilancarkan pada 1 Mac lalu dan akan ditawarkan selama setahun.

Proses kelulusan bagi syarikat yang layak adalah dalam masa 10 hari bekerja daripada tarikh penyerahan dokumen lengkap kepada pihak bank.

Permohonan boleh dibuat di 13 Pusat Perbankan Transaksi Maybank di seluruh negara atau melalui emel kepada cakna@maybank.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: