Luar Negara

Putera Harry kecewa dengan Putera Charles

NEW YORK – Putera Harry semalam berkata beliau benar-benar kecewa dengan bapanya ketika beliau dan isterinya Meghan Markle membicarakan mengenai pengunduran daripada keluarga diraja Britain selepas Meghan menerima layanan kasar daripada media dan kurangnya sokongan daripada keluarga diraja.

Ketika ditemubual selebriti Oprah Winfrey dalam program temubual CBS selama dua jam, Oprah bertanyakan Harry bagaimana hubungannya dengan Putera Charles sejak mereka berpindah ke Amerika Syarikat.

“Ada banyak yang perlu diselesaikan… saya merasa sangat kecewa, kerana dia pernah mengalami perkara hampir serupa, dia tahu bagaimana rasanya,” kata Harry penuh emosi.

Katanya, Charles selaku pewaris takhta dan abangnya, Putera William terperangkap dengan peraturan monarki, tetapi berjanji akan menyayangi bapanya.

“Bapa dan abang saya, mereka terperangkap… mereka tidak boleh keluar, saya benar-benar merasa belas kasihan ,” katanya.

Sementara itu Harry berkata, beliau dan isterinya sudah melakukan yang terbaik untuk berada dalam keluarga diraja.

“Saya sedih apa yang berlaku sudah berlaku, tetapi saya tahu, dan saya selesa apabila mengetahui bahawa kami melakukan segala yang kami mampu untuk menjadikannya lancar,” katanya.

Pada Januari 2020, Harry dan Meghan mengumumkan mereka mengundurkan diri dari keluarga diraja diraja sepenuhnya. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: