Gaya Hidup

Rahsia sos enak Domino’s Pizza

KUALA LUMPUR – Sos yang enak menjadikan kelainan rasa bagi setiap piza dan ia menjadi rahsia Domino’s Pizza bagi setiap hidangan untuk pelanggan.

Menu yang menjadi kebanggaan Domino’s Pizza dan keunikan ‘top secret sauce’ dalam empat piza kegemaran ramai, tuna temptation, vegie fiesta, classified Chicken and chicken confidential kini digabungkan menghasilkan ‘top secret quattro’.

Sos dengan campuran krim, keju dan bawang putih diperkenalkan sejak 2008 ini sudah memikat hati berjuta-juta peminat piza kerana rasanya yang enak menjadikannya sos yang luar biasa dan hanya boleh didapati di Domino’s Pizza.

Domino’s Pizza memperkenalkan ‘top secret quattro’ dengan resipi serba baru yang menampilkan keempat-empat piza popularnya dilengkapi sos rahsia, memberi peluang kepada pelanggannya untuk menikmati pelbagai rasa dalam satu piza.

Dengan adanya menu ‘top secret quattro’ ini pelanggan tidak perlu keliru ketika membuat pilihan piza, malah dapat menikmati pelbagai cita rasa piza dalam dalam satu piza.

Sehingga kini, keenakannya sukar digambarkan dalam kebanyakan sos piza pernah dihasilkan.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Linda Hassan, berkata pelancaran menu itu adalah penghormatan kepada peminat sos ‘top secret sauce’ di Malaysia.

“Terima kasih atas sokongan yang luar biasa dan sambutan positif ke atas piza terlaris kami seperti tuna temptation, vegie fiesta, classified chicken dan chicken confidential, yang mana menyumbang 20 peratus jualan daripada jualan piza kami.

“Mereka yang mencuba sos ‘top secret sauce ini rata-rata bersetuju tidak ada satu perkataan dapat mengungkapkan kelazatan sos ini,” katanya.

Peminat ‘top secret secret’ kini dapat menikmati rasa piza yang berbeza dan memuaskan keinginan mereka dan lebih baik lagi ialah anda boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan melalui tawaran ‘Everyday Value’.

Linda menegaskan setiap keputusan mengenai menu mengambil kira cita rasa pelanggan.

Menu ‘top secret sauce quattro’ boleh didapati dalam biasa dan besar di kedai Domino’s Pizza di seluruh negara.

Pelanggan juga dapat menikmati penambahan baru ini dengan ‘Domino’s Everyday Value’ dengan diskaun 50 peratus atau tawaran ‘Beli 1 percuma 2’ dengan penjimatan sehingga RM41.40.

Piza klasik ditawarkan serendah RM3.90 dan RM4.90 untuk piza biasa dan besar.

Selain itu, tawaran ‘Everyday Value’, pelanggan juga boleh membeli ‘top secret quattro’ dengan promosi lain yang sedang berlangsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: